KEMBARA REKREASI KAYAK - MPU3412

1.0 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 

Kayak adalah bot didayung oleh manusia. Ia dicipta oleh penduduk asal kawasan Artik di Amerika Utara dan Greenland biasanya dikenali sebagai Inuit atau Eskimo. Perkataan "kayak" asalnya bererti "bot manusia/lelaki". Pembinaan asalnya merupakan rangka kayu diselitupi dengan kulit haiwan seperti kulit anjing laut. Kayak asal ini digunakan untuk memburu dilautan lepas Lautan Artik. Kayak biasanya dikemudikan dengan menggunakan pendayung dua belah. Pengguna kayak atau pendayung duduk dalam kayak dengak kaki mereka kehadapan. Bahagian atas kayak ditutup dengan geladak. Pengayuh duduk dalam lubang di kokpit yang boleh ditutup dengan skirt limpahan (atau spray deck). Ini menjadikan bahawa, sekiranya kayak terbalik, kayak tidak akan dipenuhi air, dan pendayung boleh menegakkan kayak kembali tanpa dipenuhi air. Pergerakan ini dikenali sebagai gulingan Eskimo Roll. Pada zaman moden, kayak telah dimajukan lebih lanjut menjadi beberapa jenis termasuk berkayak di air putih white water kayaking, bot bermain playboats, surfing, kayak laut, perlumbaan air tenang, berkanoe Slalom, polo kanoe dan riadah. Jenis-jenis ini boleh dipecahkan lagi. Kayak moden diperbuat daripada plastik, fiberglass, kevlar, Seratkarbon, kanvas atau kayu. Terdapat model untuk seorang atau dua orang. Kini terdapat bot duduk di atas yang dimajukan, juga dipanggil kayak dan dikendalikan dengan pendayung dua belah.

1.2 Sejarah Perkembangan Kayak Global 

Kayak pertama kali dibuat oleh Inuit yang merupakan seorang seniman yang berasal dari Alaska. Pada waktu itu kayak dibuat dari rangka kayu yang disaluti dengan kulit anjing laut dan terdapat ruang untuk tempat duduk. Pada ketika itu, kayak digunakan untuk berburu. Semakin berkembangnya teknologi, bahan yang digunakan untuk membuat kayak juga berubah secara mendadak. Awal bahannya menggunakan bingkai kayu yang dilapisi dengan kulit lalu setelah itu ditutupi dengan kain. Cara pembuatan kayak seperti ini berlanjutan sehingga tahun 1950-an di mana ketika itu diperkenalkan fiberglass.

Pada tahun 1984, kayak diperbuat dari plastik pertama kali diperkenalkan ke orang awam. Kemudian John MacGregor, menggunakan kayak untuk rekreasi dan juga olahraga. Kayak model ini pertama kali direka oleh Rob Roy di tahun 1845, berbentuk sebuah sampan yang dibuat inspirasi dari kano dan kayak Inuit. Setelah itu, pada tahun 1866, MacGregor menubuhkan Canoe Club bersama para penggemar kano serta kayak. Setelah itu, barulah kayak digunakan sebagai sukan perlumbaan pada tahun 1873 dan menjadi sebahagian dari olahraga di acara Olimpik pada tahun 1936.

1.3 Sejarah Perkembangan Kayak Moden 

Sejarah kayak MODEN pula bermula sekitar tahun 1960 an. Ia diperkenalkan oleh pelaut British yang berpengkalan di Woodlands, Singapura. Namun begitu ia tidak popular di kalangan umum kerana kegiatannya hanya bertumpu di kalangan anggota tentera dan kakitangan kanan kerajaan sahaja. Sekitar tahun 70-an Pulau Pinang telah mempelopori semula aktiviti berkayak. Aktiviti tumpuannya ialah ekspidisi dan pertandingan. Antaranya, kejohanan yang telah dianjurkan ialah Kejohanan Merentas Selat Pulau Pinang ke Butterworth. Dalam tahun 80an, Penang Canoe And Recreation Club telah ditubuhkan. Ia merupakan kelab yang pertama ditubuhkan di Malaysia. Namun begitu, aktivitinya hanya tertumpu di sekitar Pulau Pinang dan tidak berkembang dengan menyeluruh keserata Malaysia Iltizam dan usaha yang dijalankan oleh Kementerian Belia dan Sukan kemudiannya telah merangsang kegiatan kayak di seluruh Malaysia. Program Malaysia Cergas merupakan perkara utama perkembangan aktiviti ini. Bantuan Kewangan dan peralatan berkayak telah disalurkan keseluruhan negara. Pada tahun 1988, tercatat di lembaran sejarah apabila buat kali pertama anak Malaysia telah berjaya mengelilingi Semenanjung Malaysia mengunakan kayak solo. Perjalanan mereka mengambil masa selama 63 hari dan sejauh 1846 km. Kejayaan ekspidisi ini telah menjana lagi perkembangan cabang ekspedisi kayak negara. Cabaran-cabaran telah dipertingkatkan lagi sehingga terlaksana ekspedisi meredah lautan antarabangsa seperti Ekspedisi Kayak Nusantara Johor - Riau, Ekspedisi Kayak Antarabangsa Johor - Surayabaya - Bali dan Ekspedisi Kayak Antarabangsa Merentas Selat Inggeris. Ekspedisi yang dijalankan ini telah mengharumkan nama negara dan membuktikan kemampuan anak bangsa.

1.4 Perkembangan Kayak di Malaysia 

Di negara kita, kegiatan berkayak telah bermula seawal peradaban manusia. Tujuan utamanya ialah sebagai medium pengangkutan dan pedagangan. Antara kanu yang mula-mula digunakan ialah sampan kotak, perahu dan kolek. Perkembangan kayak di Malaysia adalah seperti berikut: 

    i. Tahun 1960 

Bermulanya sejarah kayak moden di Malaysia. Ia diperkenalkan oleh pelaut British yang berpengkalan di Woodlands, Singapura. Namun begitu, ia tidak popular dikalangan umum kerana kegiatannya hanya bertumpu dikalangan anggota tentera dan kakitangan kanan kerajaan sahaja. Selain itu, aktiviti berkayak pada masa itu juga dipraktikan di maktab-maktab perguruan di seluruh negara. Guru-guru yang mengikuti kursus Pendidikan Jasmani pada masa itu telah membina beberapa unit kayak kanvas dan menjalankan pelbagai ekspidisi kayak di seluruh negara.

    ii. Tahun 1970

Pulau Pinang telah mempelopori aktiviti kayak negara. Aktiviti tumpuannya ialah ekspidisi dan pertandingan. Antara kejohanan yang telah dianjurkan ialah Kejohanan Merentas Selat Pulau Pinang dan Kejohanan Mengelilingi Pulau Pinang.

    iii. Tahun 1980 

'Penang Canoe and Recreation Club' telah ditubuhkan. Ia merupakan kelab kanu pertama ditubuhkan di Malaysia. Namun begitu, aktiviti hanya tertumpu di sekitar Pulau Pinang dan tidak berkembang menyeluruh keserata Malaysia.Kementerian Belia dan Sukan kemudiannya telah berusaha merangsang kegiatan kayak di seluruh Malaysia. Program Malaysia Cergas merupakan indikator utama perkembangan aktiviti ini. Bantuan kewangan dan peralatan berkayak telah disalurkan keseluruh negara. Aktiviti ekspedisi merupakan tumpuan utamanya.

    iv. Tahun 1988 

Aktiviti kayak telah tercatat dalam lembaran sejarah negara pada tahun 1988 apabila buat pertama kalinya dua orang anak Malaysia telah berjaya mengelilingi Semenanjung Malaysia menggunakan kayak solo. Pengembaraan sejauh 1846 km telah mengambil masa selama 63 hari. Kejayaan ekspedisi ini telah menjana lagi perkembangan aktiviti kayak negara. Cabaran-cabaran kayak telah dipertingkatkan lagi sehingga terlaksananya ekspedisi-ekspedisi merentas lautan antarabangsa seperti Ekspedisi Kayak Nusantara Johor ke Riau, Ekspedisi Kayak Antarabangsa Johoe-Surabaya-Bali dan Ekspedisi Kayak Antarabangsa Merentas Selat Inggeris.

    v. Tahun 1980

Acara pertandingan kanu pula diperkenalkan seawal tahun 1980-an di Pulau Pinang.

    vi. Tahun 1990

Persatuan Kanu Kuala Lumpur telah menganjurkan Regatta Kanu Kebangsaan yang pertama di Tasik Titiwangsa. Persatuan Rekreasi Wilayah Persekutuan (PERWIP) pula telah menganjurkan pertandingan kayak arus deras di Taman Negara.

    vii. Tahun 1991

Seiring dengan perkembangan aktiviti berkayak sebagai satu displin sukan ,atlet-atlet kayak Malaysia telah mencapai beberapa kejayaan gemilang di peringkat antarabangsa. Aziz bin Ahmad dari Johor telah memenangi pingat gangsa dalam acara TK1 1000m di Kejohanan Kanu Asia Jepun.

    viii. Tahun 1992

Malaysia mencatat sejarah dalam perkembangan pertandingan kayak negara apabila acara kayak telah dipertandingkan buat pertama kalinya di Sukan Malaysia Keempat di Johor Bharu.

    ix. Tahun 1994

Acara menuruni jeram dan salom telah diperkenalkan pada dalam Kejohanan 'War On Water' di Jeram Besu.

    x. Tahun 1995

Acara kanu polo pula telah mula diperkenalkan.

    xi. Tahun 1996

Bidang slalom pula mencatat sejarah apabila Salehuddin Ayob telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik 1996 di Atlanta.

    xii. Tahun 1997

Skuad Kayak Sukan SEA 1997 ke Jakarta telah merangkul 3 pingat gangsa melalui penampilan pertama mereka di arena Sukan SEA.

    xiii. Tahun 1999

Universiti Pendidikan Sultan Idris telah mencatatkan sejarah apabila menjadi universiti pertama di Asia memperkenalkan silibus Kayak Arus Deras di dalam kurikulumnya.

    xiv. Sekarang

Aktiviti berkayak telah aktif dijalankan di Institusi Pengajian Tinggi dan Institut Perguruan. Kurikulum Pendidikan Luar telah menyenaraikan kegiatan berkayak sebagai salah satu aktiviti utamanya. Ia juga dijadikan salah satu aktiviti kokurikulum. Antara universiti yang bergiat menjalankan aktiviti berkayak ialah Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA, Universiti Islam Antarbangsa dan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pada masa kini, aktiviti kayak mula dikenali sebagai aktiviti dalam air yang popular.


2.0 PERBEZAAN KAYAK DAN KANU

2.1 Definisi Kanu

Kanu merangkumi semua kenderaan atau alatan air sebagai medium utamanya serta digerakan dengan menggunakan teknik dayungan ataupun bantuan tenaga alam.Kanu sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak terbuka. Kanu menggunakan sebilah mata dayung dan didayung secara berlutut. 

2.2 Perbezaan Kayak dan Kanu

2.3 Kategori Kayak

Jenis-jenis kayak memang terlalu banyak tetapi setiap kayak yang dibina telah pun mengikut kategori tertentu. Dalam ini dinyatakan bahawa 4 kategori kayak iaitu :

    1. Sea Kayak

    2. Whitewater Kayak
    3. Surf Ski Kayak
    4. Hybrid (recreational kayak)

2.4 Jenis – Jenis Kayak


    Mandesta (V)

- Bahagian bawah (hull) berbentuk V
-Memudahkannya memotong air dan bergerak dengan laju pada garis / lintasan lurus.
- Perahu jenis ini memerlukan keseimbangan yang tinggi, dan perahu jenis ini biasanya digunakan dalam pertandingan

    Otterspot (U)

- Bahagian bawah perahu jenis ini berbentuk U atau rata.
- Perahu jenis ini stabil untuksemua kegiatan air dan sangat memadai bagi mereka yang baru bermula dalam olahraga dayung.
- Permukaan bawahnya rata. Pergerakannya juga agak lambat sehingga mudah memindahkan haluan depan

    Slalom (O)

- Bahagian bawah dan atas perahu ini berbentuk O atau bulat.
- Perahu jenis ini selalu digunakan di arus deras. Bentuknya memudahkan untuk melakukan Teknik Eskimo Roll.
- Digunakan dalam keadaan arus yang selok belok. Kayak ini berbentuk pendek di hadapan dan panjang serta lebih kembung di bahagian belakang. Panjang Kayak ini ialah 6 meter dan berbentuk tajam dibahagian hadapan. Memiliki kelajuan dan kestabilan.


3.0 PERALATAN

3.1 Anatomi Kayak

Sebagaimana fizikal manusia, kayak mempunyai bahagian-bahagian yang penting dalam menentukan prestasinya. Secara amnya, semua kayak mempunyai bahagian-bahagian berikut namun berbeza dari segi saiz, bahan binaan dan bentuknya.Ia bergantung kepada jenis kayak. Penerangan di bawah akan menerangkan fungsi setiap bahagian yang terdapat pada sesebuah kayak.


Antaranya adalah :-

    1. Bow dan Stern

• Bahagian muncung hadapan dan belakang kayak yang terbentuk tajam dan bulat.
• Bow adalah muncung bahagian hadapan manakala Stern adalah muncung bahagian belakang.
• Kedudukan kedua-dua bahagian ini kadangkala amat mengelirukan. Oleh itu, bahagian ini boleh ditentukan dengan meninjau bentuk coaming dan arah tempat duduk sesebuah kayak. Bahagian ini amat mudah rosak jika tidak dikendalikan dengan baik.
• Fungsi utamanya ialah untuk memotong air dan memecah ombak selain menjadi panduan arah tujuan kayak.

    2. Gunwale Line / Painter Line

• Bahagian percantuman antara bahagian geladak atas dan bawah (bagi kayak daripada gentian kaca).
• Bertindak sebagai pengimbang air dan penentu kesesuaian berat badan seseorang individu dengan kayak yang digunakan.

• Bahagian sisi kanan kayak-starboard :bahagian kiri-portside.

    3. Hull

• Dinding, lantai, geladak bahagian bawah kayak.
• Mempunyai bentuk berbeza-beza bergantung kepada jenis dan kegunaan kayak.

    4. Geladak Atas (Deck)

• Dinding bahagian atas kayak dimana terletaknya cockpit.
• Fungsi-menutup bahagian atas kayak, melindung bahagian kaki pendayung dan memudahkan kemahiran gulingan.
• Deck hadapan (foredeck), deck belakang (aftdeck)

    5. Cockpit

• Terletak ditengah-tengah kayak, antara foredeck dan aftdeck, kawasan tempat duduk pendayung.
• Bahagian hadapannya berbentuk lebih kecil daripada bahagian belakang.

    6. Tempat Duduk (Seat)

• Terbahagi kepada beberapa jenis: standard (saiz tetap), sederhana (kegunaan rekreasi), ketat (aktiviti rodeo dan arus deras), dan tempat duduk boleh laras.
• Tempat duduk yang tinggi menambahkan kelajuan kayak tetapi rendah tahap imbangannya.Tempat duduk yang rendah lebih stabil tetapi daya apungannya rendah.

    7. Toggle

• Alat pemegang di bahagian hujung bow dan stern bagi mengangkat kayak, berpaut apabila terbalik dan mengikatnya ke tebing.
• Terbahagi kepada 2: Toggle (sejenis tali yang diikat pada pemegangkayu/plastik) dan End Loops (gelungan tali di bahagian bow dan stern.Mudah disediakan tapi boleh mencederakan tangan pendayung yang terperangkap di dalamnya.)

    8. Coaming

• Bahagian tepi yang kecil, nipis dan mengelilingi cockpit.
• Untuk menghalang air dari masuk ke cockpit dan mengikat spray cover.

    9. Knee Brace

• Bawah coaming di bahagian foredeck.
• Menyokong lutut pendayung. Memudahkan kemahiran gulingan dan mengelakkan pendayung dari terkeluar apabila terbalik.

• Hanya terdapat pada kayak arus deras dan slalom.

    10. Towline / Deckline

• Tali yang diikat dari hujung bow ke sisi kiri dan kanan coaming hingga ke belakang stern.
• Sebagai tali menyelamat, menunda, mengikat alatan dan kayak.

    11. Keel

• Terletak di bahagian bawah geladak.Untuk membelah arus dan sebagai kemudi.
• Skeg: kemudi yang boleh dipasang dan dilucutkan. Rudder: keel yang boleh dilaras/kawal pergerakan kemudinya (kayak laut dan pertandingan pecut sahaja.)

    12. Bahan Apungan Kayak (Buoyancy)

• Terletak di bawah deck di bahagian bow dan stern.
• Untuk mengapungkan kayak apabila terbalik atau dimasuki air. Juga menyokong bahagian geladak atas dan bawah.

• 3 kategori jenis buoyancy:

I. Beg Udara
II. Getah Lembut
III. Polisterin

    13. Footrest

• Tempat meletak kaki pendayung.
• Memberikan daya dayungan yang baik melalui kombinasi pergerakan tangan, bahu, lowerback dan kaki. Juga sebagai alat yang melindungi pendayung dari terhentak atau menggelongsor ke hadapan ketika perlanggaran.
• 3 jenis footrest:

I. Berbentuk Bar : (dipasang pada sisi kiri dan kanan)
II. Bentuk Pasangan Paddle : (hampir sama dengan bar tetapi terpisah antara letak sebelah kiri dengan kanan)
III. Bentuk Bulkhead : (bentuk bulat rata dan terletak di bahagian haluan (bow).

    14. Deck Eye / Eye Cleat

• Lubang atau besi yang terdapat di atas geladak untuk mengikat towline di kawasan atas geladak.

    15. Eye Pit

• Lubangbagi memegang loop/toggle di hujung bow dan stern.

    16. Hatch

• Lubang berpenutup di tengah bahagian foredeck dan aftdeck.
• Untuk menyimpan barangan.

    17. Back Strap

• Sejenis tali/lapisan getah yang diikat pada bahagian belakang seat.
• Memberikan keselesaan dan sebagai alat keselamatan bagi melindungi bahagian belakang pendayung.

3.2 Anatomi Pendayung (Paddle)

Sebagaimana kayak, pendayung (paddle) juga mempunyai anatominya sendiri yang berfungsi untuk melancarkan lagi pergerakan dayungan.

Antara bahagiannya ialah :-

    i. Blade (bilah mata dayung)
- Fungsinya adalah untuk mengaut air bagi menggerakkan kayak.

    ii. Throat /Neck (leher pendayung)
- Merupakan bahagian percantuman antara blade dan shaft.

    iii. Drip-ring (bulatan getah)
- Bahan yang diperbuat daripada plastik atau getah dan terletak berhampiran dengan Neck. Fungsinya adalah untuk menghalang air dari blade mengalir ke shaft dan membasahi tangan pendayung.

    iv. Shaft / Loom / Bar (batang tengah pendayung)
- Ia berbentuk bulat dan lazimnya lurus. Merupakan bahagian pemegang pendayung.

    v. Metal tip (kepingan logam)
- Sesetengah dayung tidak mempunyai logam. Fungsinya adalah untuk melindungi mata dayung dari kerosakan akibat hentakan.

    vi. Front of blade (permukaan dayung)
- Bahagian hadapan berbentuk cengkung dan fungsinya untuk mengaut air.

    vii. Back of blade (belakang dayung)
- Bahagian belakang berbentuk cembung, fungsinya sebagai sokongan kuat pada pendayung.

    viii. Bahan buatan pendayung
- Biasanya bahan untuk membuat pendayung (blade) ini terdiri daripada pelbagai jenis. Ini kerana setiap pendayung yang direka bergantung kepada dua elemen penting iaitu prestasi dan kesesuaiannya berdasarkan aktiviti yang akan dijalankan.

Kebanyakkannya pendayung ini diperbuat daripada kayu, playwood (kayu lapis), fibre glass (gantian kaca), karbon/kevlar dan plastik.

3.3 Penutup Cockpit (Spraycover/Spraydeck)

Dalam sukan kayak, spray deck berfungsi sebagai pencegah daripada masuknya air ke dalam cabin perahu kayak. Apabila ruangan (cabin) dipenuhi air maka perahu kayak akan tenggelam.Pada keadaan darurat penutup cockpit (spray deck) ini sangat digalakkan untuk dilepaskan. Jika pada saat kayak terbalik, maka peserta tersebut dapat melepaskan diri dari kayak setelah menarik tali yang ada pada spray deck.

3.4 Jaket Keselamatan / Bouyancy Aid

Ia merupakan alatan keselamatan yang terpenting dalam aktiviti berkayak walaupun seseorang mempunyai kemahiran berenang. Terdapat dua jenis alatan apungan yang popular digunakan dalam aktiviti berkayak iaitu jaket keselamatan dan buoyancy aid.

    i. Jaket Keselamatan

Merupakan bahan apungan yang disarungkan melalui bahagian kepala dan menggunakan bahan luaran seperti udara ataupun gas. Ketika di dalam air, ia akan mengapungkan dalam kedudukan 45 darjah dengan muka menghadap keatas.Ia juga mempunyai daya apungan yang tinggi dan dalam jangka masa yang lama iaitu selama beberapa hari bergantung kepada jenis gas yang digunakan.

    ii. Buoyancy Aid / Personal Floating Device (PFD)

Iaitu merupakan bahan bantuan apungan. Berbentuk seperti vest dan dilengkapi dengan tali pengikat pinggang. Bahan apungannya diperbuat daripada foam yang lembut. Ketika di dalam air, ia akan membuatkan seseorang individu itu terapung secara menegak. Bertahan dalam jangka masa yang terhad iaitu beberapa jam sahaja bergantung kepada bahan yang digunakan.

3.5 Topi Keselamatan

Berfungsi melindungi kepala kita daripada terhantuk di permukaan yang keras dan topi keselamatan ini selalu digunakan apabila berkayak di Jeram.

3.6 Pakaian

Pemilihan pakaian untuk melakukan aktiviti kayak adalah penting dan perlu dititikberatkan. Apabila seseorang itu hendak melakukan aktiviti kayak maka pemilihan pakaian yang sesuai adalah amat penting. Antara pakaian yang sesuai untuk dibawa ketika hendak melakukan aktiviti kayak pada musim panas dan musim sejuk adalah seperti berikut:

    i. Kayak Pada Musim Panas

Digalakkan untuk memakai topi yang mempunyai sayap yang besar. Hal ini adalah kerana untuk melindungi diri seseorang dari silauan cahaya matahari dan kemungkinan hujan pada musim panas. Seterusnya, lebih baik memakai baju yang sangat lentur dan lengan panjang untuk melindungi diri dari bahang cahaya matahari dan di atasnya menggunakan neoprena. Adalah penting untuk membawa tabir suria kalis air dan kacamata yang diluluskan, kasut neoprena dan sarung tangan sebagai pilihan.

    ii. Kayak Pada Musim Sejuk

Walaupun aktiviti kayak ini dilakukan ketika musim sejuk namun, seseorang itu tidak boleh berhenti dari menggunakan topi, kacamata hitam dan pelindung matahari. Seterusnya, tukar kasut iaitu seseorang boleh memilih but bahan neoprene dan sarung tangan. Kemeja lengan panjang, neoprenea penuh dan sarung tangan kalis air.

    iii. Di Mana Untuk Membeli Pakaian?

Untuk membeli pakaian untuk berkayak, seseorang itu mesti pergi ke kedai sukan. Disana terdapat pakaian yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Dengan cara ini, seseorang itu boleh melakukan sukan kegemaran dengan menggunakan pakaian yang selesa dan sesuai. Oleh yang demikian, dapat mengelakkan kemalangan yang mungkin berlaku.

    iv. Bagasi

Di dalam bagasi, seseorang itu tidak boleh melupakan aksesori seperti pemelihara hidup, kompas, lampu suluh, pakaian termal tambahan, wisel, telefon bimbit yang berkuasa bateri, jaket hujan dan jika seseorang itu melakukan aktiviti selama beberapa hari maka adalah yang terbaik untuk membawa pakaian ganti yang cukup dalam setiap bagasi mereka.

3.7 Kasut Air (Booties)

Merupakan kasut yang dipakai semasa berkayak. Tidak sesuai untuk memakai kasut biasa atau selipar sewaktu berkayak. Booties bertujuan melindungi kaki dari terpijak benda tajam di dalam air.

3.8 Senarai Peralatan Berkayak

Peralatan berkayak yang perlu ada semasa ingin melakukan aktiviti berkayak dan di antara senarainya adalah seperti berikut:

    i. Kayak dan Pendayung

    ii. Carta navigasi

    iii. Wisel

    iv. Jaket Keselamatan

    v. Pisau    


    vi. Spray Cover

    vii. Kasut Air

    viii. Kompas

    ix. Topi Keselamatan

    x. Tali keselamatan

    xi. Pam Air

    xii. Lampu Kecemasan (Strobe)

    xiii. Dry Bag

3.9 Penjagaan Peralatan

    i. Teknik Menyimpan Kayak

Kayak boleh disimpan di atas rak. Teknik ini akan menjimatkan ruang kawasan simpanan. Terdapat pelbagai jenis rak yang boleh disediakan. Bentuk yang paling popular ialah sistem rak sarang burung merpati. Idea utama sistem ini ialah untuk menyimpan kayak di atas pepara yang bertingkat-tingkat. Peparara kini boleh diperbuat daripada kayu ataupun besi. Ia seharusnya dibalut dengan selapis bahan yang licin serta lembut. Ini bertujuan untuk mengelakkan kayak yang diletakkan di atas pepara ini daripada calar ataupun rosak.

Kayak pula boleh diletakkan secara mendatar ataupun mengiring bergantung kepada keluasan pepara. Teknik pepara ini kerap digunakan oleh kelab-kelab kayak yang mempunyai kawasan penyimpanan yang luas. Contohnya ialah Kelab Tasik Putrajaya dan Pusat Kegiatan Air Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Kayak yang ringan dan diperbuat dari komposit (karbon, kevlar, gentian kaca) boleh disimpan dengan menggunakan teknik kerusi.

Melalui teknik ini kayak diletakkan di atas penyangga yang berbentuk kerusi di bahagian bow dan stern. Ia merupakan teknik menyimpan kayak yang mudah alih serta tidak melibatkan sebarang struktur kekal. Namun begitu, ia hanya sesuai digunakan di kawasan yang luas.Teknik ini kerap digunakan pada kayak perlumbaan. Selain itu, ia juga amat sesuai digunakan dalam proses memeriksa dan juga membaik pulihkan kayak.

    ii. Teknik Mengangkut Kayak

- Menggunakan kereta
- Menggunakan troli (untuk jumlah yang banyak)


4.0 KESELAMATAN BERKAYAK

4.1 Punca Kemalangan

Kemalangan ialah perkara yang terjadi bila ianya tidak diberi perhatian. Perkara yang tidak disangka-sangka yang tidak diramal dan tidak dirancangkan kepada seseorang akan berlaku kejadian yang tidak diingini. Antara sebab-sebab atau punca-punca berlakunya kemalangan ialah :

• Tidak mematuhi peraturan yang telah dinyatakan. Contohnya, tidak memakai jaket keselamatan ketika hendak melakukan aktiviti berkayak.

• Kurang pengetahuan tentang aktiviti atau sukan air yang disertai (langkah keselamatan untuk melepaskan diri) jika musibah berlaku semasa aktiviti berkayak.

• Tahap kecergasan dan kemahiran yang rendah dari segi Teknik dan pengendalian sukan yang disertai akan menyebabkan seseorang itu tidak dapat mengawal pergerakan dengan baik.

• Situasi peserta dalam keadaan yang cemas seperti panik. Jika musibah berlaku akan menyebabkan kayak tersebut hilang kawalan dan boleh menyebabkan ianya terbalik.

• Jika berlakunya pertukaran cuaca akan menambahkan tekanan kearah kemungkinan berlaku kemalangan.Oleh sebab itu, perlunya kepada melihat keadaan cuaca terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti berkayak.

4.2 Langkah-Langkah Keselamatan

    i. Persediaan sebelum memulakan aktiviti

• Amat penting bagi seseorang yang ingin berkayak untuk menguasai asas berenang.
• Hendaklah pastikan kayak yang akan digunakan tidak mengalami sebarang kerosakan dan begitu juga dengan paddle supaya berada dalam keadaan yang selamat.
• Haruslah pastikan peralatan keselamatan yang lain disediakan seperti jaket keselamatan.
• Sebelum memulakan aktiviti berkayak, pastikan aktiviti pemanasan badan perlu dibuat agar tidak berlaku apa-apa yang tidak diingini seperti kekejangan otot.

    ii. Aktiviti regangan

• Kita haruslah pastikan diri kita berada dalam keadaan cergas sebelum memulakan aktiviti.
• Dalam kayak kekuatan tangan adalah sangat utama.
• Lakukan pergerakan mendayung selama beberapa minit untuk membiasakan tangandalam beberapa minit bagi agar dapat membiasakan tangan semasa mendayung nanti.

4.3 Panduan Langkah Keselamatan

Antara panduan langkah keselamatan berkayak ialah :

    i. Sebelum melakukan aktiviti kayak, haruslah pastikan terlebih dahulu kit kenderaan berada dalam keadaan baik.

    ii. Sentiasa memakai jaket keselamatan dengan betul dan pakai jaket yang sesuai dengan saiz tubuh.

    iii. Pastikan tiada aktiviti lain yang berlangsung pada waktu dan kawasan yang sama untuk mengelakkan berlaku perlanggaran.

    iv. Jika berada dalam keadaan kecemasan maka apa yang perlu dilakukan adalah :

- Jangan panik.
- Jika rakan anda mempunyai masalah dalam air, dapatkan bantuan dengan segera.
- Utamakan keselamatan diri terlebih dahulu kerana mangsa lemas selalunya mudah panik dan mungkin akan berpaut kepada anda.
- Jika ingin menyelamatkan mangsa hulurkan kayu atau lemparkan tali dan sebagainya.
- Jika terperangkap dalam arus yang deras, berenanglah mengikut arus.

4.4 Isyarat Dan Komunikasi

Kemahiran isyarat dan komunikasi ini merupakan salah satu cara untuk seseorang berhubung dengan ahli yang lain apabila berada di atas kayak dan semasa melakukan aktiviti ini. Penguasaan kemahiran ini akan memudahkan kita untuk berhubung dengan ahli yang lain sewaktu berkayak. Di antara cara menggunakan isyarat dan komunikasi ini semasa berkayak adalah seperti berikut :

ISYARAT - MAKSUD

➢ 1 tiupan wisel - Beri perhatian kepada saya
➢ 2 tiupan pendek - Naik ke darat
➢ 3 tiupan panjang - Kecemasan: memerlukan bantuan
➢ 1 tangan di udara - Meminta tolong
➢ 2 tangan di udara - Berhenti: beri perhatian kepada saya
➢ Tangan (termasuk lengan memudi ke kanan) - Bergerak ke atas
➢ 1 tangan menyentuh kepala dengan siku terangkat membentuk “O” - Saya okay (keadaan baik)
➢ Tangan bergenggam / kelibat di atas kepala - Berhenti di sini
➢ Sentuh kepala dengan hujung berkali-kali - Teruskan ke muara

4.5 Isyarat Menggunakan Pendayung

Kemahiran isyarat menggunakan pendayung ini merupakan kemahiran individu yang penting bagi seseorang yang berkecimpung di dalam bidang ini. Kemahiran ini kita boleh mengaplikasikannya sewaktu berkayak. Penguasaan kemahiran ini akan memudahkan kita untuk berhubung dengan rakan sewaktu berkayak. Antara isyarat-isyarat menggunakan pendayung ini adalah seperti berikut:

    i. Isyarat Berhenti

- Untuk mengarah semua pendayung berhenti.
- Kedua-dua tangan memegang pendayung secara melintang.
- Dayung perlu diangkat melepasi paras kepala.

    ii. Isyarat Berakit / Rafting

- Untuk mengumpulkan semua pendayung.
- Pendayung diangkat tekat ke atas.
- Mata dayung yang berada di udara mesti selari dengan arah bow kayak.

    iii. Isyarat Arah Pergerakan

- Untuk semua kayak bergerak ke kiri, pendayung diletakkan secara melintang di sebelah kiri.
- Untuk ke kanan, pendayung digerakkan ke kanan.

    iv. Isyarat Kecemasan

- Untuk menarik perhatian bagi mendapatkan bantuan kecemasan.
- Pendayung diangkatkan tegak keatas dan dilambaikan ke kiri dan kanan kayak.

    v. Isyarat Call off

- Untuk memanggil semua kayak pulang ke pengkalan kerana kecemasan.
- Pendayung diangkatkan tegak keatas dan digerakkan kehadapan dan ke belakang


5.0 TEKNIK DAN ASAS BERKAYAK

5.1 Teknik Mengangkat Kayak

Semasa hendak mengangkat kayak, pastikan lutut dibengkokkan dan menggunakan kekuatan kaki untuk membolehkan kayak ke atas. Jangan sesekali menggunakan kekuatan pinggang semata-mata kerana ia boleh mendatangkan kecederaan kepada diri sendiri. Terdapat pelbagai cara mengangkat kayak yang boleh digunakan, antaranya adalah seperti berikut :

    1. Pikulan Di Bahu Berseorangan

• Sesuai untuk kayak ringan atau kayak solo.
• Bahagian tengah cockpit diletakkan pada bahu yang dominan bagi mengekalkan keseimbangan kayak.
• Tangan yang dominan memegang hujung cockpit.

    2. Kelekan Di Pinggang Berpasangan

• 2 orang diperlukan untuk mengangkat kayak yang berat ataupun kayak berpasangan untuk jarak yang dekat.
• Pengangkat mestilah berada di bahagian bow dan stern serta berlawanan arah.
• Tangan pengangkat memegamg bahagian bow dan stern atau toggle dengan kemas.
• Kayak diinjak ke atas dan dikepitkan di pinggang.

    3. Pikulan Di Bahu Berpasangan

• Untuk jarak yang jauh.
• Kaedah yang sama dengan kelekan di pinggang.
• Kedudukan pengangkat mestilah selari / sama arah bagi membolehkan komunikasi dan bagi mengelakkan kecederaan sekiranya kayak terjatuh.

5.2 Teknik Masuk Ke Dalam Kayak

Teknik masuk ke dalam kayak berbeza-beza mengikut situasi kawasan aktiviti mereka. Bagi peserta baru, ia merupakan masalah utama kerana amat sukar bagi mereka menyelaraskan pusat gravity badan semasa masuk ke dalam kayak. Kerap kali mereka akan terbalik sebelum masuk ke dalam kayak. Antara situasi tersebut adalah semasa berada di :

    1. Kawasan Pantai

• Teknik ini khusus untuk mereka yang baru menceburi bidang kayak dan menggunakan kayak plastik lebih lasak.
• Letakkan bahagian hadapan kayak di gigi air dan bahagian belakang di atas pasir. Masuk ke dalam kayak.
• Lutut menyangga knee brace dan hujung kaki menekan footrest bagi meningkatkan daya imbangan kayak.
• Lancarkan kayak ke air dengan kedua-dua tangan menolak pasir hingga keseluruhan kayak berada di air.

    2. Kawasan Air Cetek / Separas Lutut

• Letakkan kayak di atas air. Kemudian tangan dominan memegang pendayung dan diletakkan di sisi kayak.
• Tangan yang memegang pendayung diletakkan di bahagian luar cockpit dan angkat kaki yang paling hampir dengan kayak ke dalam cockpit. Luruskan kaki dan dan pada masa yang sama sebelah lagi tangan memegang cockpit.
• Letakkan punggung pada tempat duduk, pastikan imbangan yang stabil. Angkat sedikit punggung dan masukkan ke dalam kayak dengan segera.
• Angkat semula punggung dan masukkan sebelah lagi kaki ke dalam cockpit.

    3. Kawasan Air Dalam

• Letakkan pendayung ke dalam cockpit. Pegang bahagian stern dengan kedua-dua tangan. Lonjakkan bahagian abdominal badan kebahagian stern.
• Kangkangkan kaki sehingga kedua-dua kaki mengepit bahagian stern dan meniarap di atas bahagian shaft deck. Capai cockpit dengan kedua-dua tangan dan tarik badan kearahnya.
• Keluarkan pendayung dan pegang dengan sebelah tangan. Masukkan segera punggung ke dalam cockpit manakala kedua-dua kaki masih lagi di luar menghala ke hadapan kayak.
• Kekalkan keseimbangan dan bawake dua-dua kaki masuk ke dalam cockpit.

    4. Masuk Ke Dalam Kayak Secara Berpasangan

• Stern man memegang kayak dan mengimbanginya. Pendayung diletakkan di bahagian cockpit belakang.
• Bow man masuk terlebih dahulu. Bow man keluarkan pendayung dari cockpit dan bertugas untuk mengimbangi kayak pula.
• Stern man melancarkan kayak dan masuk ke dalam kayak.

5.3 Teknik Duduk Di Dalam Kayak

    1. Tempat Duduk

• Punggung seharusnya berada di atas bahagian tengah tempat duduk. Pastikan tempat duduk sesuai dengan saiz punggung bagi mengelakkan ketidakseimbangan kayak.

    2. Lutut

• Duduk dengan menyangga lutut pada knee brace.
• Mengekalkan keseimbangan dan mengelakkan pendayung terkeluar dengan mudah dari kayak sekiranya terbalik.

    3. Hujung Kaki

• Bahagian tengah tapak kaki harus diletakkan pada footrest.
• Mendapatkan daya sokongan dari setiap bahagian badan semasa mendayung dan mengelakkan badan menggelungsur kehadapan apabila kayak terhentak dengan kuat.

    4. Kedudukan Badan

• Badan harus tegak seperti duduk di atas kerusi.
• Pastikan kedudukan membolehkan bergerak dengan selesa kehadapan, belakang, sisi dan memusing tanpa hilang imbangan.
• Jangan sandar kebahagian cockpit bagi mengelakkan kurang daya kawalan dan imbangan, juga membahayakan postur badan dan mencederakan lower back.

    5. Mata / Kedudukan Kepala

• Memandang kearah yang dituju
• Mengelakkan haluan kayak tersasar.

5.4 Memasang Penutup Cockpit (Spraycover)

• Berfungsi sebagai menutup cockpit dan menghalang air daripada masuk ke dalam kayak. Ia dipakai di pinggang pendayung dan disangkut pada coaming serta mudah ditanggalkan apabila dalam keadaan terdesak.

5.5 Teknik Keluar Dari Kayak

• .Undurkan kayak sehingga menghampiri tebing, jeti ataupun pantai. Pastikan bahagian stern menghadap ke darat.
• .Pegang cockpit dengan kedua-dua tangan anda. Keluarkan sebelah kaki sehingga mencecah dasar pasir. Angkat punggung dan hulurkan sebelah lagi kaki anda keluar.
• .Berdiri tegak dan pastikan kestabilan kayak. Semasa keluar di jeti, gunakan pendayung untuk mengimbangi kayak.

    i. Latihan Terbalik

Teknik untuk keluar dari kayak apabila terbalik :

• Duduk dalam kayak dengan teknik yang betul. Letakkan kedua-duatangan di sisi kayak dan pegang bahagian hull, port dan starboard kayak.
• Terbalikkan kayak, tepuk bahagian hull sebanyak 3 kali, lucutkan spray cover dari coaming.
• Bengkokkan badan kehadapan, luruskan kedua-dua kaki, pegang cockpit dengan kedua-dua belah tangan, tolak bahagian punggung dan kaki anda keluar (seperti perlakuan melucut seluar)

5.6 Teknik Mengeluarkan Air Dari Kayak

    1. Berpasangan

• Biarkan kayak terbalik. Pegang bow dan stern bersama-sama.
• Sekiranya terlalu banyak air dalam kayak jangan terus angkat kerana terlalu berat.
• Sendengkan kayak ke kiri dan angkat perlahan-lahan. Air akan keluar sedikit demi sedikit dan akan meringankan beban.
• Terbalikkan semula kayak dan buat pergerakkan jongkang-jongket. Lakukan berulang kali sehingga semua air keluar.

    2. Menggunakan Tebing (Berseorangan)

• Letakkan hujung bow kayak di atas tebing, anda berada di dalam air. Terbalikkan kayak.
• Angkat bahagian stern yang dipegang dan lakukan teknik jongkang-jongket.

    3. Menggunakan Permukaan Laut (Berseorangan)

• Letakkan kayak dalam posisi normal di atas permukaan air.Tekan bahagian stern sehingga semua air berkumpul di bahagiannya.
• Dengan cepat, terbalikkan kayak dan angkat bahagian stern.

    4. Menggunakan Pinggang

• Sesuai bagi membuang air yang sedikit di dalam kayak solo.
• Buat pergerakan yang sama seperti mengangkat kayak solo ke bahu. Letakkan bahagian tengah cockpit di belakang badan anda.
• Sentiasa bengkokkan lutut bagi mengelakkan kecederaan. Lakukan teknik jongkang-jongket sehingga semua air keluar.

    5. Sideways Berpasangan

• Bagi membuang air yang terlalu banyak di dalam kayak.
• Secara berpasangan, sendengkan kayak anda ke sisi. Biarkan air keluar dari kayak.
• Terbalikkan kayak, kemudian buat pergerakkan jongkang-jongket bagi mengeluarkan semua air.


6.0 TEKNIK ASAS DAYUNGAN

6.1 Menentukan Saiz Pendayung (Paddle) Yang Sesuai

Antara cara untuk menentukan saiz pendayung (paddle) yang sesuai adalah dengan :

    i. Pendayung mestilah sesuai dengan ketinggian
    ii. Berdiri tegak, letakkan pendayung secara menegak di atas permukaan tanah.
    iii. Tegakkan tangan ke udara. Kemudian hujung jari mestilah dapat menggenggam mata dayung yang berada di atas.

6.2 Teknik Dayungan Asas

Bahagian ini akan menjelaskan tentang teknik-teknik dayungan yang harus dipelajari dan dikuasai bagi mereka yang ingin mempelajari sukan kayak. Teknik-teknik ini penting bagi menjadi seorang pendayung yang mahir. Diantara teknik dayungan asas adalah seperti :

    1. Dayungan Ke Hadapan (Forward Paddling)

Teknik ini merupakan teknik yang asas dan penting untuk dipelajari. Teknik ini harus dikuasai dengan baik oleh semua pendayung. Menurut Izaati Radzi et.al (2009) aplikasi teknik dayung ini terbahagi kepada beberapa tahap iaitu :

        i. FIRMING

• Permulaan dayungan dibuat pada peringkat ini.
• Badan dibongkokkan sedikit kehadapan dan mata haruslah memandang tepat kearah sasaran.
• Bahagian torso kanan digerakkan ke hadapan.
• Jangkaukan tangan kanan ke hadapan dan jangkau mata dayung seberapa jauh yang boleh.
• Bengkokkan tangan kiri sehingga paras bahu dan pergelangan tangan kiri seelok-eloknya separas bahu.

        ii. CATCH

• Mata dayung dimasukkan ke dalam air.
• Jangkau seberapa jauh yang mungkin dan benamkan seluruh mata dayung.

        iii. PULL / DRAW / POWER

• Peringkat mata dayung digerakkan dari hadapan ke belakang bagi menghasilkandaya pergerakan.
• Gerakkan torso kanan anda ke belakang dan tangan kanan seharusnya menarik mata dayung ke belakang.
• Tangan kiri pula berperanan memberikan tekanan dan tambahan tenaga kepada mata dayung yang berada di dalam air. Diperingkat ini, tenaga utama digunakan untuk menarik dayung sehingga berada di sisi pinggang.

        iv. EXIT

• Mata dayung dikeluarkan dan diatur untuk membuat dayungan di sisi yang bersebelahan pada peringkat ini.
• Mata dayung dikeluarkan dari dalam air.
• Pergelangan tangan kanan haruslah memutar batang dayung ke atas agar mata dayung menghadap permukaan air.
• Untuk memudahkan bahagian batang dayung dipusingkan, cengkaman tangan kiri dilonggarkan. Kemaskan semula pegangan tangan kiri apabila mata dayung telah dipusingkan sebanyak 90 darjah.
• Bagi menghasilkan dayungan ke hadapan yang lancar dan efisien, masukkan mata dayung kiri ke dalam air dan ulangi pergerakan menarik dan menolak mata dayung.

    2. Dayungan Mengundur (Backward Paddling)

Menurut Izzati Radzi et.al (2009), teknik ini merupakan teknik dayungan yang berlawanan dengan teknik dayungan kehadapan. Tujuan utamanya ialah untuk mengundurkan kayak tanpa perlu menukarkan tempat duduk, arah dayungan dan kedudukan badan.

        i. CATCH

• Gunakan genggaman yang sama seperti genggaman dayungan ke hadapan.
• Sandarkan badan anda sedikit kebelakang dan pusingkan bahagian torso kanan ke arah stern.
• Hulurkan tangan kanan ke arah stern, jangkau mata dayung seberapa jauh yang mungkin dan benamkan seluruh mata dayung ke dalam air. Pastikan mata dayung rapat dengan bahagian sisi kayak.

        ii. PUSH AND EXIT

• Bagi membolehkan kayak mengundur kebelakang, tolak mata dayung ke hadapan di bahagian kiri dan kanan kayak berulang-ulang kali.
• Bagi memastikan kayak tidak melanggar sebarang halangan, lihat arah pergerakan dan pastikan menuju arah yang lurus.

    3. Berhenti

• Tekan pendayung ke dalam air. Tarik pendayung keluar setelah merasa tekanan air pada pembilah dan setelah kayak mula berpusing.
• Masukkan pembilah pada bahagian sebelah pula. Tahan pada jangka masa yang lebih lama sehingga kayak berada dalam keadaan lurus.

    4. Dayungan Sapuan Hadapan (Forward Sweep Stroke)

Untuk memusingkan dan membetulkan haluan kayak yang tersasar.

        i. CATCH

• Tangan kiri pegang neck dan tangan kanan memegang tengah-tengah batang dayung. Tangan kanan jangkau ke depan sampai mata dayung bersebelahan bow.

        ii. PULL

• Benamkan mata dayung dalam air. Tarik mata dayung ke belakang.

        iii. SWEEP

• Tangan kanan lurus menarik pendayung sehingga stern. Tangan kiri pula menolak batang pendayung hingga sebelah kanan kayak.

        iv. EXIT

• Keluarkan mata dayung dari air apabila menghampiri bahagian stern. Ulang teknik yang sama.

    5. Dayungan Sapuan Ke Belakang (Reverse Sweep Stroke)

• Berlawan kaedah teknik dayungan ke hadapan.
• Pendayung di dayung dari bahagian stern ke hadapan bow; tak perlu tukar arah mata dayung.

    6. Gabungan Dayungan Sapuan (Alternate Sweep Stroke Combination)

• Gabungan teknik dayungan sapuan ke hadapan dan ke belakang yang dilakukan berselang-seli.

    7. Dayungan Sisi (Sideways Stroke / Draw Stroke)

Menggerakkan kayak ke sisi dengan mudah untuk merapatkan kayak ke tebing/jeti atau rafting.

        i. POTONG

• Tegakkan pendayung di sisi starboard manakala tangan kiri berada di atas separas dahi. Tangan kanan lurus melintang jauh dari kayak, selari pinggang.

        ii. TWIST

• Permukaan mata dayung menghadap starboard kayak.

        iii. TARIK

• Mata dayung ke dalam air manakala tangan kanan menarik mata dayung supaya rapat ke kayak. Pusingkanmata dayung 90 darjah untuk potong air. Buat semula awal teknik ini.

        iv. TWIST

• Pusingkan semula badan 45 darjah dan permukaan dayung menghadap ke sisi kayak. Lakukan dayungan sisi buat kali kedua.

    8. Teknik Imbangan (Recovery Stroke)

• Teknik kawalan imbangan rendah (slap for support low recovery)

Hanya belakang permukaan dayung menepuk air. Pendayung berkedudukan melintang separas pinggang.

• Teknik kawalan imbangan tinggi (slap for support high recovery)

Pendayung berkedudukan melintang tinggi separas dada pendayung.

Jika kayak hilang keseimbangan di bahagian starboard, jangkau tangan kanan jauh sikit dari kayak.

Tampar permukaan air dengan kuat menggunakan belakang pendayung, kemudian lentikkan bahagian belakang anda ke sebelah kiri dengan segera.

    9. Rocking

• Uji daya imbangan. Duduk dalam kayak dengan sanggaan kaki yang kemas. Goyangkan badan ke kiri dan ke kanan bagi membiasakan diri dengan kocakan air semasa mendayung.

    10. Berakit

• Pendayung merapatkan kayak. Semua pendayung memegang cockpit kayak yang bersebelahan dengannya.


7.0 TEKNIK MENYELAMAT DI AIR

Ketika terlibat dengan aktiviti air seperti kayak,berenang atau menaiki kapal tidak menutup kemungkinan terjadinya kemalangan.Kemalangan yang tidak dijangka boleh membahayakan diri tanpa disadari dan untuk itu perlulah diketahui kaedah menyelamat yang boleh digunakan semasa aktiviti kayak.Ia bergantung kepada situasi sewaktu kecemassan berlaku.Terdapat empat jenis teknik menyelamat seperti X rescue ,Sideways rescue ,H rescue dan HI rescue.

7.1 Teknik Menyelamat di Air (Kayak)

    i. X Rescue

Teknik menyelamat ini digunakan apabila anda telah terkeluar sepenuhnya daripada kayak atau kayak telah dimasuki air dengan banyak.Fungsi utama teknik ini adalah supaya semua air dapat dikeluarkan daripada kayak dan membantu mangsa untuk masuk semula ke dalam kayak.Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan apabila menggunakan teknik menyelamat X rescue apabila kayak terbalik atau dimasuki air yang banyak:

• Apabila kayak terbalik, keluar dan lambaikan pendayung ke udara. Rakan yang terhampir akan datang membantu.
• Pegang mana-mana bahagian hujung kayak dan berenang ke arah kayak penyelamat.
• Serahkan pendayung kepada penyelamat.
• Tarik hujung ke atas bahagian geladak hadapan kayak penyelamat. Penyelamat akan membantu menarik kayak ke atas bahagian geladak hadapannya sehingga bahagian tengah cockpit kayak anda berada di atas geladak hadapannya.
• Anda haruslah berenang ke arah hujung kayak anda yang menghala ke atas.
• Pegang hujung kayak itu dan tekannya ke bawah. Secara automatik, air di dalam kayak anda akan keluar dengan segera.
• Tindakan anda tadi seharusnya dibantu oleh penyelamat yang sama-sama membuat pergerakan jongkang-jongket pada kayak anda.
• Apabila semua air telah dikeluarkan, penyelamat akan terbalikkan semula kayak anda ke keadaannya yang asal.
• Selepas itu, beliau akan meluncurkannya ke air dan memegang kayak anda di sisi kayaknya. Pastikan kedudukan kayak anda menghadap kayaknya bagi memudahkan beliau membantu anda memasuki kayak semula.
• Anda harus masuk di antara kedua-dua buah kayak dan tekannya ke bawah.
• Lonjakkan punggung dan kaki anda ke atas dengan segera. Masukkan kaki anda ke dalam cockpit diikuti bahagian pinggang dan kemudiannya keseluruhan badan anda.
• Kemaskan imbangan anda dan kini anda boleh kembali berdayung.

    ii. Sideways Rescue

Teknik sideways rescue digunakan apabila kayak yang ingin diselamatkan telah dimasuki air yang terlalu banyak sehingga kayak menjadi berat dan sukar untuk diselamatkan.Langkah yang perlu dilakukan ketika menghadapi situasi tersebut:

• Pastikan kayak mangsa diletakkan seiring dengan kayak penyelamat utama manakala sebuah lagi kayak penyelamat bertindak sebagai pengimbang.
• Sendengkan kayak mangsa ke sisi, pegang bahagian cockpit dengan kedua-dua tangan dan angkat kayak ke atas perlahan-lahan. Air akan keluar sedikit demi sedikit dari kayak mangsa.
• Apabila air dalam kayak berkurangan, lakukan pula teknik X rescue seperti yang ditunjukkan di atas.

    iii. H Rescue

Teknik ini dinamakan H rescue kerana formasi menyelamat yang digunakan adalah dalam bentuk ‘H’.

• Dua buah kayak penyelamat berada berhampiran. Setiap penyelamat memegang hujung kayak mangsa.
• Buat pergerakan jongkang-jongket dilakukan bagi mengeluarkan air di dalam kayak.
• Kayak diterbalikkan semula ke kedudukan asalnya. kedua-dua kayak penyelamat menghimpit kayak mangsa di tengah-tengah.
• Ini bertujuan membantu keseimbangan kepada mangsa sewaktu proses menaiki semula kayaknya.

    iv. HI Rescue

• Pastikan kayak mangsa berada di tengah-tengah kayak penyelamat.
• Lintangkan pendayung di atas cockpit di antara dua buah kayak penyelamat.
• Tarik kayak mangsa ke atas pendayung yang dilintangkan. Pastikan bahagian cockpit kayak mangsa berada di atas pendayung.
• Buat pergerakan jongkang-jongket untuk mengeluarkan air dari dalam kayak.
• Penyelamat akan mengangkat kayak dan meluncurkannya semula ke dalam air.
• Penyelamat akan membantu mangsa menaiki semula kayaknya.
• Teknik ini kurang sesuai diaplikasikan kerana kayak mangsa yang berat boleh menyebabkan pendayung patah.

    v. Self Rescue

Teknik self rescue digunakan untuk menyelamatkan diri sendiri tanpa bantuan kayak lain.Berikut langkah-langkah ketika melakukan self rescue.

• Terbalik dan keluar daripada kayak.
• Memperbetulkan kayak pada kedudukan asal.
• Kemudian masukkan paddle ke dalam kokpit dan bergerak ke stern.
• Masuk semula ke dalam kayak(teknik masuk di air yang dalam).

    vi. Teknik Bow Rescue

Teknik bow rescue lebih kurang sama dengan self rescue. Bezanya untuk bow rescue mangsa tak perlu keluar daripada kayak. Selepas terbalikkan kayak, mangsa perlu peluk dan tepuk kayak 3 kali kemudian lambaikan tangan. Kayak penyelamat akan datang, dan mangsa perlu pegang bow (bahagian depan kayak penyelamat) dan cuba terbalikkan semula kayak ke keadaan asal.


8.0 DISIPLIN KEPELBAGAIAN AKTIVITI KAYAK

8.1 Disiplin Kayak : Kayak Perlumbaan Pecut /Canoe Sprint Racing

Canoe Sprint adalah untuk mencapai garisan penamat dalam masa yang paling cepat.Canoe Sprint boleh dilakukan sama ada bot kanu atau bot kayak dengan beberapa pesaing yang berlainan di dalam dan merentasi pelbagai jarak.Pengayuh berlumba di lorong lurus di lorong yang dipisahkan olehpenanda jarak lebih dari 200m 500m dan 1,000 meter untuk Canoe dan Kayak.Tujuannya adalah untuk melintasi garisan terlebih dahulu dengan mendayung jarak yang lengkap di tempat yang lebih tinggikemungkinan kelajuannya.

Terdapat dua belas acara yang berlainan untuk Canoe Sprint di Olimpik, yang semuanya disenaraikan di bawah. Surat itu menandakan jenis bot yang digunakan ("C" untuk kanu, "K" untuk kayak) dan angka itu menandakan jumlah atlet yang bersaing dalam bot itu:

• C-1 200-meter Lelaki
• C-1 1000-meter Lelaki
• K-2 1000-meter Lelaki
• K-1 200-meter Lelaki
• K-1 1000-meter Lelaki
• K-2 200-meter Lelaki
• K-2 1000-meter Lelaki
• K-4 1000-meter Lelaki
• K-1 200-meter Wanita
• K-1 500-meter wanita
• K-2 500-meter Wanita
• K-4 1000-meter Wanita

    • Pemain & Peralatan

Peralatan khusus yang digunakan dalam acara Canoe Sprint bergantung pada jarak perlumbaan, jenis perlumbaan dan juga bilangan peserta yang terlibat.

    • Kayak - Acara kayak sprint

Bot kayak digerakkan melalui air menggunakan dua bilah dayung serta atlet menggunakan kaki mereka untuk mengarahkan bot melalui kemudi. Paddles yang digunakan untuk bot sprint kayak biasanya dibina dengan bahan serat karbon.

    • Lanes

Setiap bot kayak Sprint mestilahberada di lorong mereka sendiri disepanjang perlumbaan.Mana-mana bot yang keluar dari lorong di luar sempadan 5 meter akan berisiko hilang kelayakan dan dibatalkan.

Sukan Olimpik Belia mempunyai kursus dan format pertandingan khas. Paracanoeing menjadi kategori rasmi dalam kanu pada tahun 2010. Empat hingga lapan acara akan dimasukkan dalam Paralimpik mulai 2016. Paracanoe memberipeluang untuk pengayuh dengan kecacatan fizikal untuk mengambil bahagian dan bertanding dikelab, peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Mengusahakan pembangunan sukan selama lebih dari empat tahun, ICF telah meningkatkan dan mengembangkan sukan ini dengan ketara dan semakin banyak atlet bersaing dan menikmatiParacanoe di seluruh dunia.

8.2 Disiplin Kayak : Slalom

Canoe slalom dimana sebelum ini dikenali sebagai whitewater slalom adalah sukan yang kompetitif dengan tujuan untuk menavigasi kanu atau kayak yang dihiasi melalui jalan gantung hilir atau hulu di jeram sungai dalam waktu secepat mungkin. Ini adalah salah satu daripada dua disiplin kayak dan berkanu di Sukan Olimpik Musim Panas , dan disebut oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) sebagai Canoe / Kayak Slalom. Disiplin kanu Olimpik yang lain adalah lari pecut . Berkanu air liar adalah kawasan sukan bukan sukan Olimpik.

    • Sejarah

Perlumbaan kanal slalom dimulakan di Switzerland pada tahun 1933, pada mulanya di jalan air rata. Pada tahun 1946, Persekutuan Canoe Antarabangsa (ICF), yang mengatur sukan ini, dibentuk. Kejuaraan Dunia pertama diadakan pada tahun 1949 di Switzerland. Dari tahun 1949 hingga 1999 , kejuaraan diadakan setiap tahun dengan bilangan ganjil dan diadakan setiap tahun pada tahun Olimpik bukan musim panas sejak tahun 2002 .Lipat kayak digunakan dari tahun 1949 hingga 1963 ; dan pada awal 1960-an, kapal dibuat dari kaca gentian dan nilon. Kapal berat, biasanya lebih dari 65 paun (30 kilogram). Dengan munculnya kevlar dan serat karbon yang digunakan pada tahun 1970-an, lebar kapal dikurangkan oleh ICF, dan kapal-kapal berkurang dalam jumlah untuk melewati pintu gerbang, dan kapal-kapal menjadi jauh lebih ringan dan lebih cepat.

Dari tahun 1949 hingga 1977 , semua Kejuaraan Dunia diadakan di Eropah. Kejuaraan Dunia pertama yang diadakan di Amerika Utara diadakan di Jonquière , di Québec , Kanada, pada tahun 1979 . Sudah menjadi sukan Olimpik biasa sejak tahun 1992.

Pada tahun 2020 semasa Sukan Olimpik Tokyo, lelaki C2 kehilangan statusnya sebagai acara rasmi Olimpik dan akan digantikan oleh wanita C1.

8.3 Disiplin Kayak : Kayak Arus Deras/ Wildwater

Kayak arus deras merupakan aktiviti kayak ‘extreme’ yang lazimnya dilakukan oleh mereka yang benar-benar mahir dalam mengendalikannya. Aktiviti ini seringkali dijalankan di kawasan sungai-sungai yang berjeram. Sebagai persiapan menjalankan aktiviti ini, beberapa alatan yang serba lengkap perlu digunakan seperti kayak (menggunakan kayak plastik yang direka khas untuk aktiviti arus deras sahaja), pendayung, ‘helmet’,‘knee pad’, ‘spary deck’ dan beberapa alatan sampingan yang lain yang dirasakan perlu dalam sesuatu penganjuran kayak arus deras.

Di Malaysia terdapat beberapa sungai yang sememangnya menjadi syurga bagi penggiat-penggiat aktiviti kayak arus deras ini antaranya Sungai Kampar, Sungai Padas, Sungai Jeram Besu, Sungai Kuala Kubu, Sungai Sungkai dan Sungai Singor. Aktiviti kayak arus deras di Malaysia sememangnya amat popular dalam kalangan penggiat-penggiat tempatan. Boleh dikatakan setiap negeri di Malaysia mempunyai kawasan untuk berkayak di arus deras ini dengan negeri Perak merupakan antara syurga kayak arus deras kerana mempunyai banyak sungai-sungai yang menarik dan mencabar. Persatuan Kanu Malaysia merupakan badan yang bertanggungjawab untuk pembangunan sukan ini di Malaysia. Walau bagaimanapun dengan tertubuhnya Lembaga Pendidikan Kanu Kebangsaan di bawah jawatankuasa Persatuan Kanu Malaysia aktiviti kayak arus deras ini semakin diminati. Antara tugas lembaga ini adalah menganjurkan kursus-kursus profesional berkayak kepada penggiat-penggiat baharu yang berminat dalam sukan ini. Kursus-kursus yang ditawarkan ini telah mula diperkenalkan sejak tahun 1997 lagi. Kursus kayak arus deras antara kursus yang popular sepanjang penganjurannya. Terengganu International Tourism Conference 2013 Persatuan Kanu Malaysia sememangnya bekerjasama rapat dengan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBSM) dalam memperkembangkan disiplin sukan kayak terutamanya kayak arus deras di Malaysia. Antara kejohanan kayak arus deras peringkat antarabangsa yang telah dijalankan adalah Menderang International Challenge, Cameron Descent, Cabaran Sungai Sedim. Kejohanan ini telah menarik banyak penyertaan didalam dan luar negara. Manakala antara produk terbaru sukan kayak arus deras ini adalah Sirkit Arus Deras Nasional (SIRNA). Sirkit ini telah mendapat penajaan sepenuhnya daripada KBSM berbanding kejohanan-kejohanan sebelum ini.

8.4 Disiplin Kayak : Kayak Polo / Canoe Polo

Polo kayak juga dikenali sebagai kanu polo merupakan salah satu displin kompetitif kayak, yang secara ringkasnya dikenali sebagai "polo" di kalangan penggemarnya. Polo menggabungkan kemahiran bersampan dan mengawal bola secara berkumpulan, di mana taktik dan kedudukansama pentingnya dengan kelajuan dan kecergasan para atlet secara individu.

Permainan ini memerlukan semangat berkumpulan yang kuat dan mempromosi kemahiran asas berkanu dan teknik-teknik unik lain.Setiap pasukan mempunyai lima orang pemain di lapangan (dan boleh menyediakan tiga orang pemain simpanan), yang bertanding untuk menjaringkan bola di gol pasukan lawan yang digantung dua meter di atas air. Bola boleh dilempar menggunakan tangan, atau dihayun menggunakan pendayung untuk menjaringkan jaringan.Pitch boleh didirikan di kolam renang atau permukaan air rata yang berukuran 35 meter x 23 meter.

    • Pitch

Polo kano dimainkan sama ada di dalam kolam renang atau di luar rumah di padang yang berukuran 35 meter dengan 23 meter.Sempadan padang ditandai dengan ideal menggunakan tali terapung (mirip dengan penanda jalur ketika berenang), walaupun untuk tempat yang lebih kecil tepi kolam sering digunakan. Luas kira-kira 6 meter di depan setiap gawang dapat didefinisikan sebagai Zon. Kawasan ini adalah tempat pemain bertahan membuat formasi untuk mempertahankan gawang dari penyerang.

    • Ciri-ciri

Permainan ini kini dimainkan di banyak negara di seluruh benua yang dihuni, untuk rekreasi dan sukan yang serius. Sukan ini mempunyai Kejuaraan Dunia setiap dua tahun dan Kejuaraan Benua Eropah, Asia, Afrika, dan PanAmerican diadakan setiap tahun di antara tahun Kejuaraan Dunia. Sukan antarabangsa dianjurkan oleh Jawatankuasa Canoe Polo dari Persekutuan Canoe Antarabangsa , sebagai salah satu disiplin sukan berkanu.

Permainan ini sering digambarkan sebagai gabungan polo air ,bola keranjang dan berkayak.Taktik dan permainan ini tidak seperti bola keranjang atau polo air tetapi dengan kerumitan tambahan, yang dapat digunakan untuk mengatasi pemain lawan yang memiliki bola, atau bergegas untuk posisi dalam jarak 6 meter dari gawang.

    • Pegawai

Terdapat dua pengadil (satu di setiap barisan sampingan) dan mereka berjalan kaki dan bukannya menaiki kapal. Skor disimpan oleh penjaga skor dan penjaga masa memantau masa permainan dan masa penghantaran. Garis gol dipantau oleh dua hakim barisan. Sebelum bermain dimulakan, penyemak memeriksa semua kit untuk mematuhi peraturan.

    • Peralatan

Kayak yang digunakan adalah berbeza dengan kayak biasa kerana ia direka khas supaya lebih ringan dan laju bagi memberi kemampuan pergerakan yang cepat. Pendayung yang direka sangat ringan mempunyai bilah tepi bulat tebal untuk mengelakkan kecederaan. Paddles juga sangat ringan dan dirancang dengan mempertimbangkan daya tarikan dan kawalan bola. Bumper kapal hidung dan ekor, pelindung badan, topi keledar dan pelindung muka semuanya wajib.Setiap pemain perlulah mempunyai topi keselamatan, pelindung badan, dan penutup muka.


9.0 PENGENALAN ORIENTEERING

9.1 Pendahuluan

Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu. Orienteering juga bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkan seperti gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri.

9.2 Sejarah Perkembangan Orienteering Global

Orienteering mula diperkenalkan di negara-negara Scandinavia pada awal abad ke 19. Dalam tahun 1918, Major Ernst Killander telah mengubahsuainya menjadi sukan yang lebih kompetatif, berperaturan dan diterima ramai. Beliau telah digelar sebagai “Bapa Orienteering”.

Orienteering mengikut Model Killander merangkumi :-

• Memerlukan daya ketahanan.
• Stamina.
• Kecekapan berlari.
• Kekuatan mental.
• Penggunaan skil navigasi dalam bentuk mukabumi yang lebih mencabar.

IOF ditubuhkan dalam tahun 1961 dengan 10 negara.Kejohanan-kejohanan dunia yang dianjurkan oleh IOF adalah seperti :-

• World Orienteering Championships (WOC)
• World Cup (WC)
• Junior World Orienteering Championships (JWOC)
• Asia-Pacific Orienteering Championships (APOC)
• World Masters Orienteering Championships (WMOC)- 35 tahun keatas

Acara orienteering terbesar yang dianjurkan adalah O-Ringen (Swedish Five-Days) yang melibatkan penyertaan antara 15000 hingga 25000 orang.

9.4 Perkembangan Orienteering Di Malaysia

Orienteering mula diperkenalkan di Malaysia dengan tertubuhnya Persatuan Orienteering Pulau Pinang pada tahun 1983. Kemudiannya pada tahun 1986 Persatuan Orienteering Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ditubuhkan. Pada tahun 1988, Persatuan Orienteering Kuala Lumpur telah mengadakan Kejohanan Orienteering Terbuka Malaysia yang pertama.

Walaupun sukan orienteering di Malaysia pada ketika itu masih belum mempunyai badan peringkat kebangsaan, namun demi untuk mengikuti perkembangan dunia orienteering di peringkat antarabangsa, WOA telah berusaha untuk memohon bagi mewakili Malaysia untuk menjadi Ahli Gabungan kepada IOF pada tahun 1992. IOF telah meluluskan dan mengiktiraf WOA sebagai sebuah badan sementara bagi mewakili Malaysia di dalam IOF.

Pada tahun 1994, sebuah badan induk peringkat kebangsaan iaitu Persatuan Orienteering Malaysia (MOA) telah berjaya ditubuhkan bagi menyelaras dan mengawal segala aktiviti sukan orienteering di Malaysia dan sebagai satu badan yang mewakili Malaysia di dalam IOF. MOA ditubuhkan dengan mempunyai 6cawangan negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang Kedah, Trengganu dan Johor.

Antara faktor-faktor orienteering diperkenalkan di Malaysia ialah : i. Dijadikan sebagai salah satu aktiviti rekreasi yang popular ii. Sebagai modul dalam pendidikan dan latihan iii. Membina keyakinan diri dan sikap positif iv. Menguji ketahanan mental dan fizikal v. Boleh digunakan dalam operasi menyelamat

9.5 Jenis-jenis orienteering

Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut ketetapan Persekutuan Orienteering Antarabangsa (IOF) iaitu Foot-O, MB-O, Ski-O dan Trail-O. Di Malaysia, hanya kaedah Foot-O yang mudah untuk dilakukan, antaranya adalah :

    i. Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering)

Orienteering Merentas Desa ini juga dikenali sebagai Acara Klasik ( Classic Event). Di dalam acara ini, peserta dimestikan melawat kesemua titik kawalan menurut aturan yang telah ditetapkan. Sekiranya peserta tidak melawat kesemua titik kawalan tersebut, penyertaannya dikira batal. Orienteering ini biasanya dijalankan di kawasan rupabumi yang pelbagai. Format ini sesuai untuk pertandingan kerana kesemua peserta akan menghadapi cabaran yang hampir sama.

    ii. Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)

Dalam Orienteering jenis ini, banyak titik kawalan yang disediakan di mana setiap titik kawalan mempunyai mata yang tertentu berghantung kepada jarak dan kesukaran teknikal. Peserta bebas memilih mana-mana titik kawalan untuk dilawati, walaubagaimana pun masa dihadkan oleh penganjur dan biasanya 60 minit. Peserta yang melebihi had masa yang ditetapkan akan dikenakan penalti dan bentuk penalti bergantung kepada penganjur.

Matlamat Orienteering Bermarkah adalah untuk mengumpul mata yang terbanyak dengan melawati seberapa banyak titik kawalan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Format ini sesuai dijalankan untuk peserta baru kerana penyertaan mereka tidak terbatal jika tidak melawati salah satu titik kawalan. Peserta perlu merancang dan meneliti landasannya sendiri dalam keadaan masa yang terhad.

    iii. Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)

Walaupun dikenali sebagai Orienteering Jalanraya tetapi aktiviti ini tidak dijalankan di jalanraya yang sibuk. Acara ini dijalankan di kawasan perumahan. Penanda kawalan tidak digunakan sebaliknya peserta perlu mencatiti butiran atau maklumat yang terdapat di sesuatu titik kawalan seperti nombor pili bomba dan sebagainya.

    iv. Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)

Orienteering ini dijalankan di kawasan berbukit-bukau di samping jarak yang agak jauh. Acara ini juga boleh dijalankan melebihi dari satu hari dan peserta dikehendaki membawa bersama-sama peralatan bermalam. Format ini memerlukan peserta yang berpengalaman dan tahap fizikal yang tinggi memandangkan landasan yang mencabar serta memerlukan kemahiran navigasi dan daya keyakinan yang mantap.

    v. Orienteering Malam (Night Orienteering)

Orienteering Malam dijalankan di kawasan yang terbuka seperti di taman-taman tasik dengan jarak yang agak pendek demi keselamatan para peserta serta masa yang terhad. Peserta perlu membawa lampu untuk membaca peta dan mencari penanda kawalan.

    vi. Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering)

Acara Orienteering Berganti-ganti ini dijalankan secara berpasukan 3 atau 4 orang. Setiap ahli dalam kumpulan akan menamatkan landasan sebelum digantikan oleh rakan sepasukan di satu tempat penggantian yang telah ditetapkan. Setiap peserta dalam pasukan akan melalui landasan yang berbeza.

    vii. Norwegian Event

Acara Norwegian adalah satu acara yang diguanakan bagi menyediakan satu landasan yang panjang dalan kawasan yang kecil atau sempit. Peserta dibenarkan menyalin kedudukan titik permulaan dan titik kawalan pertama sahaja terlebih dahulu. Apabila tiba di titik kawalan pertama, peserta akan menyalin kedudukan titik kawalan yang kedua pula dari satu peta yang disediakan. Proses ini akan berterusan sehingga peserta tiba di titik penamat.

9.6 Kebaikan Sukan Orienteering

Terdapat banyak kebaikan yang dapat diperolehi daripada sukan orienteering ini iaitu antaranya:

i. Meningkatkan kecergasan fizikal.
ii. Meningkatkan kecergasan mental & daya tumpuan.
iii. Memberi cabaran & keseronokan.
iv. Membina sikap positif & keyakinan diri.
v. Menggunakan persekitaran yang sihat.
vi. Meningkatkan kemahiran pembacaan peta & kompas.
vii. Memupuk sifat keberanian & ketenangan dalam keadaan cemas.


10.0 TERMINOLOGI DAN ALATAN ORIENTEERING

    i. Titik Kawalan (Control point)

• Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati oleh peserta.
• Biasanya merupakan ciri-ciri mukabumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas.
• Titik kawalan bukanlah *check-point* kerana ia tiada penjaga dititik ini

    ii. Penanda Kawalan (Control Marker)

• Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul.
• Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih sebagai tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m).
• Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik.
• Peraturan IOF tidak membenarkan No. 1 hingga 40 dijadikan sebagai No. Kod Kawalan.

    iii. Kad Kawalan (Control card)

• Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acara sebagai bahan bukti atau pengesahan.
• Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti.
• Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa digarisan penamat untuk dicatatkan masa penamat.

    iv. Peta Utama (Master map)

• Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan kawalan.
• Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan

    v. Keterangan Kawalan (Control description)

• Keterangan asa sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan berkenaan.
• Butir-butir yang disediakan adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan keterangan mengenai kedudukan titi kawalan.
• Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk ‘teks’ tetapi dalam bentuk kod/gambarajah.

    vi. Landasan (Course)

• Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke titik kawalan yang lain hingga ke penamat.
• Landasan ini akan dilukis diatas peta utama dan akan disalin oleh peserta kemudiannya.
• Tanda yang berkenaan landasan adalah :-

- Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
- Titik kawalan dengan tanda bulatan.
- Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertindih.
- ‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan.

    vii. Kompas (Compass)

• Alat bantu yang kedua terpenting dalam sukan orienteering.
• Ia digunakan hanya untuk menentukan arah sahaja.


11.0 PETA

Peta adalah lukisan bagi gambaran bentuk mukabumi bagi sesebuah kawasan yang dilihat dari udara. Peta adalah sumber maklumat bagi kawasan berkenaan. Mempunyai tajuk, kontor, skala, petunjuk, garisan melaras dan kod warna yang akan member kemudahan dan tangkapan yang tepat mengenai rupa bumi kawasan berkenaan.

11.1 Jenis-Jenis Peta

Terdapat beberapa jenis peta yang diterbitkan seperti berikut :-

• Peta Topo

• Peta panduan jalanraya
• Peta khusus
• Peta atlas
• Peta imejan satelit
• Peta orienteering

11.2 Kandungan Peta Orienteering

• Tajuk peta
• Arah utara
• Skala – samada 1:5000, 1:10000. Atau 1:15000
• Petunjuk peta
• Garisan melaras utara-selatan
• Kredit – kerjaukur, kartografi, tarikh cetakan, penaja dsb.

11.3 Warna-warna dalam Peta

Terdapat 6 warna yang ditentukan mengikut standard IOF. Warna tersebut adalah :-

• Hitam
• Perang
• Kuning
• Putih
• Hijau
• Biru

11.4 Bentuk Muka Bumi

• Tanah Pamah
• Pinggir Laut
• Sungai dan Tasik
• Pola Saliran
• Banjaran Gunung


12.0 KOMPAS

• Kompas adalah alat pengemudian arah yang mempunyai jarum magnetic merah hitam serta ditandai dengan ukuran sama dalam mil atau darjah.

• Ia merupakan alat bantu dalam sukan orienteering

12.1 Jenis kompas

Terdapat berbagai jenis kompas dan jenama yang dikeluarkan untuk tujuan navigasi. Antaranya adalah :

• Kompas Tentera

Uploading: 332541 of 332541 bytes uploaded.
• Kompas Orienteering
• Kompas Marin
• Kompas Kiblat
• Kompas Digital

Kompas orienteering pula terdapat dalam berbagai jenama dan bentuk antaranya base plate compass, thumb compass dan clip compass. Ianya direkacipta agar lebih mudah dan praktikal. Dua jenama yang popular adalah Suunto buatan Finland dan silva buatan Sweden

12.2 Kegunaan Kompas Orienteering

Kompas orienteering boleh digunakan untuk tujuan berikut :-

• Mengukur jarak
• Menentukan kedudukan
• Mencari arah

12.3 Anatomi Kompas Orienteering

• Tapak Lutsinar
• Hala Tuju
• Kanta Pembesar
• Bearing Point
• Dail
• Garisan Melaras
• Rumah Utara
• Perumah Kompas
• Jarum Kompas
• Pembaris Skala


13.0 TEKNIK TEKNIK ASAS ORIENTEERING

    i. Teknik Susur Tangan (Handrails)

• Memilih laluan yang menggunakan ciri-ciri sebagai panduan pergerakan seperti lorong kaki, sungai, pagar dan sebagainya.

• Sebelum memulakan pergerakan cuba perhatikan ciri-ciri garisan yang boleh digunakan sebagai susur tangan.

• Pastikan ciri tersebut dapat membawa kita seberapa hampir ke titik kawalan yang ditujui ataupun setidaknya ciri tersebut menghala selari kea rah pergerakan kita walaupun hanya separuh perjalanan sahaja.

    ii. Teknik Titik Sasaran

• Titik sasaran merupakan suatu ciri yang jelas yang terletak pada ciri garisan atau yang berhampiran dengannya, sebelum anda tiba di kawalan yang ditujui.

• Antara ciri yang boleh digunakan sebagai titik sasaran ialah simpang/selekoh jalan atau sungai, hujung atau penjuru pagar dsb.

• Pilih titik sasaran yang paling hampir kepada destinasi anda.

• Perlahankan pergerakan apabila hampir ke Titik sasaran dan pastikan arah yang perlu diikut dan jarak untuk menghampiri kawalan.

• Teknik ini biasanya digunakan bersama dengan teknik susur tangan.

    iii. Teknik Melaras Peta

Langkah pertama yang harus diketahui adalah melaras Utara peta. Melaras peta ke Utara adalah bertujuan untuk membetulkan kedudukan peta berkenaan supaya ianya bersamaan dengan kedudukan pada mukabumi sekeliling. Cara ini akan lebih mudah untuk menentukan arah pergerakan. Terdapat dua cara untuk melaras Utara peta iaitu :-

- Berpandukan kepada kedudukan ciri-ciri mukabumi sekeliling.
- Menggunakan kompas.

    iv. Relokasi

Merupakan satu teknik atau cara yang digunakan apabila peserta merasa tidak pasti akan kedudukan sebenar atau tersesat.

• Jangan panik jika merasakan sudah tersesat. Berehatlah terlebih dahulu.    
• Jangan bergerak atau merayau-rayau tidak tentu arah.
• Laraskan peta ke arah utara peta dan cuba bandingkan ciri muka bumi yang boleh dilihat.
• Jika masih tidak dapat menentukan kedudukan kedudukan, cuba ingat ciri yang terakhir yang telah dilalui dan semak dalam peta.
• Setelah 2 minit berehat dan anda masih sesat, cuba bergerak kea rah ciri garisan yang jelas.
• Dapatkan kedudukan anda dan teruskan pergerakan ke titik kawalan.
• Jika masih ragu-ragu dan risau, dapatkan bantuan sesiapa yang terjumpa atau cuba carikan jalan balik ketitik permulaan.


14.0 DISIPLIN KEPELBAGAIAN SUKAN ORIENTEERING

14.1 Disiplin Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering)

Dalam sukan ini, peserta perlulah melawat kesemua titik-titik kawalan menurut aturan yang telah ditetapkan. Sekiranya peserta tidak melawat salah satu titik kawalan tersebut, penyertaannya dikira batal. Orienteering ini biasanya dijalankan di kawasan rupa bumi yang pelbagai. Format ini lebih sesuai untuk pertandingan kerana kesemua peserta umumnya akan menghadapi cabaran yang hampir sama.

14.2 Disiplin Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)

Dalam sukan orienteering bermarkah, banyak titik-titik kawalan disediakan di mana setiap titik kawalan mempunyai mata yang tertentu bergantung kepada jarak dan kesukaran teknikal. Peserta bebas untu memilih mana-mana titik kawalan untuk dilawati. Walaubagaimanapun, masa telah dihadkan selama 60 minit. Peserta yang melebihi dari had masa yang ditetapkan akan dikenakan penalti dan bentuk penalti bergantung kepada penganjur. Matlamat sukan orienteering bermarkah ini adalah untuk mengumpul mata yang banyak dengan melawati seberapa banyak kawalan yang boleh dalam masa yang dihadkan. Formai ini sesuai untuk peserta baru kerana penyertaan mereka tidak terbatal jika tidak melawat salah satu titik kawalan. Walaubagaimanapun, sukan ini nampak mudah tetapi peserta perlu merancang dan meneliti landasannya sendiri dalam keadaan masa yang terhad.

14.3 Disiplin Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)

Orienteering ini dijalankan di kawasan yang berbukit disamping jarak yang agak jauh, di mana sukan ini dijalankan melebihi dari satu hari dan dalam keadaan ini peserta perlu membawa bersama-sama peralatan bermalam. Sukan ini memerlukan peserta yang berpengalaman dan tahap fizikal yang agak tinggi memandangkan landasan sukan ini yang mencabar serta memerlukan navigasi dan daya keyakinan yang mantap.

14.4 Disiplin Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering)

Sukan ini dijalankan dengan penyertaan secara berpasukan, 3 atau 4 orang. Setiap ahli dalam pasukan akan menamatkan landasan beliau sebelum digantikan oleh rakan sepasukan di satu tempat penggantian yang telah ditetapkan. Setiap peserta di dalam sesuatu pasukan akan melalui landasan yang berbeza.


DISEDIAKAN OLEH:

AMIR HAZIQ BIN HASSAN
AHMAD NAJMI BIN NOOR ESA
NURUL FARZANA BT MAT NUZAN
NUR IZZAH ATHIRAH BT MOHD AFANDI
NUR AINA NABIHAH BT AZHAR

Comments